Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, December 01, 2011

Lawatan 5S KD MAHAWANGSA Di Kuantan


27 Oktober 2011, Kuantan : KD MAHAWANGSA telah merapat ke Pelabuhan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan pada jam 0900H untuk ulang bekal bagi Eksesais Bersama Lima 11. Setibanya di sana, seluruh warga 1 MAHAWANGSA disambut dengan penuh mesra oleh Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), merangkap YDP Wisma Sri Tanjung, Kepten Mohamad Azuwan bin Harun TLDM bersama pegawai-pegawai dan staf dari MAWILLA 1. Kesemua pegawai KD MAHAWANGSA diundang ke majlis RPC buat julung kalinya di Wisma Tanjung sebagai mengalu-alukan kedatangan KD MAHAWANGSA ke MAWILLA 1.


Pada petang tersebut, KD MAHAWANGSA menerima lawatan daripada pegawai dan staff MAWILLA 1. Perancangan awal menerima pelawat seramai 18 orang, namun atas semangat serta kesungguhan pihak markas, jumlah pelawat yang hadir pada petang tersebut melebihi jumlah yang sepatutnya dengan kehadiran hampir 40 orang. Ini membuktikan pihak markas tidak mahu melepaskan peluang bagi melihat sendiri konsep serta amalan 5S yang dipraktikkan di KD MAHAWANGSA. Pelawat yang hadir diberi penerangan bagaimana sistem amalan 5S dilaksanakan di kapal dari segi pengurusan fail dan rekod, pengurusan stor, serta pengurusan dari aspek kebersihan dan rupacara kapal. Kemuncak lawatan, pelawat dibawa ke bilik jentera utama, menyaksikan sendiri bagaimana rupacara bilik jentera utama setelah kapal beroperasi selama 2 minggu. Kebanyakkan mereka teruja akan penampilan yang ditonjolkan seakan kapal tidak operasi yang mengekalkan tahap kebersihan kelas pertama.


Bahang kebanggaan KD MAHAWANGSA tiba di Pelabuhan TLDM Tanjung Gelang dirasai apabila  Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) sendiri turun padang untuk turut serta melihat amalan pengurusan persekitaran berkualiti 5S di KD MAHAWANGSA. Ini membuktikan pucuk pimpinan MAWILLA 1 begitu komited serta bersungguh-sungguh dalam membuat transformasi ke arah penerapan amalan 5S di pangkalan.


Seluruh warga 1 MAHAWANGSA berbangga dan berbesar hati terhadap lawatan yang dilaksanakan oleh pihak markas. Kami seluruh warga 1 MAHAWANGSA meletakkan harapan yang tinggi dan percaya MAWILLA 1 dapat membudayakan amalan 5S dengan lebih baik dan dapat menjadi penanda aras kepada markas-markas yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...