Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, December 01, 2011

KD MAHAWANGSA Dibuka Untuk Lawatan Awam Di Sandakan, Sabah


  
Lanjutan majlis BBQ bersama Yang Berhormat Menteri Pertahanan bersama Editor Kanan Media di KD MAHAWANGSA pada 21 Julai 2011 lalu, kini KD MAHAWANGSA disambut mesra oleh seluruh rakyat Sandakan apabila YB Menteri di dalam temuramah di Radio Malaysia Sabah FM menyeru seluruh rakyat Sandakan untuk datang melawat sendiri aset negara yang hebat dan dibanggakan ini. Kapal meneruskan pelayaran dari Pelabuhan Tawau ke Sandakan untuk misi yang seterusnya iaitu "Open Ship For Visitor" sempena karnival 1MINDEF di Sandakan pada 23 dan 24 Julai 2011.


KD MAHAWANGSA merapat di Jeti Pangkalan TLDM KD SRI SANDAKAN pada 23 Julai 2011 jam 0830H. Sungguh di luar jangkaan apabila sambutan lawatan dari seluruh rakyat Sandakan amat memberansangkan. Kapal dibuka untuk lawatan bermula jam 1000H dan bermula dari jam itulah pengunjung mula berpusu-pusu datang untuk membuat lawatan ke kapal. Ditambah pula dengan karnival 1MINDEF yang diadakan tidak jauh dari pelabuhan. "Gangway" kapal tidak pernah lekang dari rakyat Sandakan yang hadir. Jika dilihat dari gambar, jelas kelihatan seakan-akan menuju ke sebuah konsert artis. Ini membuktikan bahawa rakyat Sandakan sangat teruja dengan seruan YB Menteri untuk datang melihat sendiri aset negara yang masih cantik, berfungsi dengan baik serta menjadi kebanggaan negara. Warga kapal telah menunjukkan sikap semangat kerja yang bersungguh, komited serta ikhlas menunaikanamanah yang diberi ditambahpula dengan sokongan yang diberikan oleh perkhidmatan memenuhi keperluan operasi.


Sikap peramah serta rendah diri warga 1 Mahawangsa membuatkan pengunjung yang datang berasa selesa, senang untuk berinteraksi serta gembira untuk meneruskan lawatan. Rata-rata rakyat Sandakan teruja dengan apa yang mereka lihat dan dipersembahkan oleh warga 1 Mahawangsa bagaimana peralatan berfungsi serta kebanyakan dari mereka kagum dengan aset negara yang mereka miliki sekarang.



Sepanjang dua hari kapal dibuka untuk lawatan, pengunjung yang hadir mencecah hampir 12 ribu orang. Ini merupakan suatu penghargaan yang diberi oleh seluruh rakyat Sandakan yang sanggup meluangkan hari minggu mereka untuk melawat kapal. Pengunjung diberi taklimat keselamatan terlebih dahulu mengenai "do’s and don’ts" sepanjang berada di atas kapal dari aspek keselamatan. Ini sejajar dengan anugerah yang diterima oleh kapal iaitu Operational Health and Safety System (OHSAS). 





Pelawat juga didedahkan dengan sistem pengurusan dan kepimpinan berkesan apabila mereka sendiri menyaksikan tahap kebersihan dan moral warga kapal yang tinggi. Walaupun warga 1 Mahawangsa terpaksa mengorbankan masa melayani pengunjung, namun atas semangat "proud with the best damn ship in the navy", warga 1 Mahawangsa telah melakukan yang terbaik bagi memastikan para pengunjung mendapat layanan yang baik dan mesra sekali gus menaikkan nama baik dan imej TLDM.




Peluang sebegini haruslah diperluaskan lagi agar seluruh rakyat 1 Malaysia dapat merasai serta melihat sendiri bagaimana anggota tentera menjaga aset kerajaan yang telah diamanahkan oleh mereka untuk kita kendalikan sebaik mungkin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...