Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, December 16, 2011

Hari 'Sapu'


           Hari ‘Sapu’ telah diadakan di KD MAHAWANGSA pada keesokkan harinya iaitu 13 Dis 11 selepas Gotong Royong 5S Perdana dilaksanakan. 


Ini juga adalah salah satu dari kempen Amalan 5S yang dipraktikan dan akan terus dilaksanakan berterusan pada setiap minggu.  Aktiviti ini diadakan pada sebelah pagi, di mana kesemua warga kapal akan memakai pakaian sukan atau senyawa untuk ‘menyapu’.

Anak-anak kapal digalakkan membawa sendiri peralatan sapu seperti kain buruk, penyapu, span dan sebagainya untuk mengelap serta menyapu semua habuk-habuk dan sawang-sawang yang terdapat di kawasan tempat bekerja anggota tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...