Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, December 24, 2011

Hari 5S : Semangat 1MAHAWANGSA



Dengan moto 'The Best Damn Ship In The Navy' telah menyemarakkan semangat anak-anak kapal untuk terus berjuang dan bersama-sama dengan setiap peringkat warga kapal. Ini dapat dilihat dengan semangat cinta dan sayangkan kapal.


Pada  29 Nov 11, telah menjadi detik bersejarah bagi warga KD MAHAWANGSA apabila Pegawai Memerintah telah merasmikan 'Hari 5S' kapal. Perasmian yang dilakukan di Geladak Kereta Kebal ini dirasmikan dengan Pegawai Memerintah memetik suis perasmian untuk menjatuhkan bunting Hari 5S. Hari 5S ditetapkan pada setiap hari Khamis ketika kapal berada di jeti. Anak-anak kapal akan berpakaian sukan pada pagi tersebut untuk melakukan aktiviti Sisih, Susun dan Sapu di setiap kompartmen.


Sebagai simbolik pada hari tersebut anak-anak kapal telah menukar pakaian senyawa untuk melakukan kerja-kerja cucian di geladak atas. Kerja-kerja cucian ini melibatkan seluruh warga kapal dan telah dibahagikan kepada beberapa zon. Semangat anak-anak kapal semakin tinggi dalam aktiviti ini apabila Pegawai Memerintah, Kept Jamel bin Abd Rahman turut turun padang dalam aktiviti pembersihan ini. 


Dengan berpakaian senyawa biru, beliau turut sama menyertai anak-anak kapal membuat cucian di Geladak Tengah dan sanggup dibasahi air cucian demi meningkatkan moral anak-anak kapal.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...