Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, December 09, 2011

Apa Itu 5S


Pengenalan Amalan 5S

Amalan 5S adalah satu konsep bertujuan mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, "5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Kualiti dan Produktiviti” dan seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan KD MAHAWANGSA.

Apakah Amalan 5S?

Secara keseluruhannya, implementasi 5S di kapal akan mewujudkan satu persekitaran tempat kerja yang sistematik, selamat, lebih teratur, bersih dan kemas. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem kerja di KD MAHAWANGSA lebih efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Sebagai contoh, melalui aplikasi teknik seperti 3S iaitu (SISIH, SUSUN, SAPU) akan menjadikan tempat kerja KD MAHAWANGSA sentiasa bersih, malah penyelenggaraan juga dititikberatkan. Ini juga ditambah dengan mencuci kesan minyak dan kotor yang akan memastikan mesin, jentera, meriam, alatan elektronik dan alatan di bilik jentera, pejabat dan stor menjadi bersih dan yang paling penting boleh berfungsi serta tahan lama.

Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang pada kapal. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan 5S tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini memerlukan sokongan dari semua pegawai dan anggota bagi menjayakannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...