Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, December 13, 2011

Anugerah Persekitaran Berkualiti (APB) Bulan November 11

Satu majlis bagi memupuk kesedaran Amalan 5S iaitu  penyampaian sijil dan hadiah bagi APB bulan November 11 telah berlangsung pada 9 Disember 11 di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA. Majlis telah berlangsung sebaik sahaja kapal merapat di Jeti Mawilla 3 setelah hampir 5 hari kapal bersauh sempena Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA 11). 

Majlis yang bermula pada jam 0945H itu dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM disusuli oleh ucapan aluan pengerusi majlis iaitu Leftenan Karim TLDM.  

APB Bulan November 11  telah dimenangi oleh Sarjan Abang Amran di atas kebersihan dan kekemasan yang ditunjukkan pada Rumah Sakit atau Sick Bay jagaannya.  

Pemenang dianugerahkan dengan sijil dan juga hadiah berupa hamper yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah. Seterusnya pemenang diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan kata-kata semangat kepada anggota yang lain untuk mendorong mereka bersama-sama melangkah ke arah matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Sesungguhnya aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang sihat di mana berlakunya persaingan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik di kalangan yang terbaik.  Majlis diteruskan dengan ucapan yang dipenuhi dengan nasihat dan kata-kata perangsang oleh Pegawai Memerintah.  Majlis pada pagi itu berakhir pada jam 1045H dengan bacaan doa oleh LK 1 PAP Abdul Rahman.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...