Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, December 06, 2011

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S



OBJEKTIF 5

1.  Memenuhi keperluan pelanggan KD MAHAWANGSA khasnya dan Armada amnya.

2.   Meningkatkan dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan selesa di kapal.

3.   Meningkatkan kerja berpasukan di kalangan warga KD MAHAWANGSA.

4.  Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan melalui peningkatan usaha ke arah persekitaran kapal yang bersih, selesa dan ceria.

5.   Menjadi sebuah kapal contoh dalam Armada.

POLISI  5S

Mengamalkan amalan persekitaran berkualiti 5S secara berterusan dan mengekalkan tahap disiplin serta mutu yang tinggi sepanjang perlaksanaannya dalam kehidupan seharian di tempat kerja

Perlaksanaan 5S mengambil kira perkara-perkara berikut:

1.   Persekitaran tempat kerja yang harmoni, bersih, selesa, teratur dan selamat.

2. Meningkatkan kualiti tempat kerja bagi memotivasikan warga KD MAHAWANGSA untuk menghasilkan mutu perkhidmatan yang tinggi.

3.   Pelaksanaan penambahbaikan berterusan di tempat kerja.

4.   Keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat.

5.   Disiplin yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.

6.  Mengurangkan kos dan menjimatkan masa yang melibatkan aktiviti harian di tempat kerja.

7. Mengelakkan berlakunya kesilapan, kecuaian dan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan serta kemalangan.


MATLAMAT 5S

1.  Menjadi sebuah kapal yang bersih, berwibawa dan berketerampilan dalam Armada.

2.   Menjadi kapal contoh dan ikutan kepada kapal-kapal lain dalam Armada.

3.   Menjadikan persekitaran kapal sentiasa bersih, selesa dan selamat bagi semua warga KD MAHAWANGSA.

4.  Mengukuhkan amalan budaya kerja kaizen iaitu penambahbaikan berterusan di KD MAHAWANGSA supaya perasaan kepunyaan dan
sayang kepada tempat kerja dapat ditingkatkan.

5. Mencapai tahap kebersihan yang membolehkan KD MAHAWANGSA dianugerahkan sijil Amalan Persekitaran Yang Berkualiti (5S).

DASAR 5S

Warga KD MAHAWANGSA beriltizam untuk membudayakan Amalan Persekitaran Yang Berkualiti (5S) secara berterusan di kapal bagi menjaga kebersihan di tempat kerja dan kediaman dengan bekerjasama, bergotong royong, bermuafakat dan menggalakkan semangat setia kawan untuk meningkatkan imej serta perkhidmatan berkualiti demi memenuhi keperluan pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...