Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, December 13, 2011

Amalan 5S - The Best Damn Ship In The Navy



KD MAHAWANGSA dinobatkan sebagai “The Best Damn Ship in The Navy” dan dijadikan kapal penanda aras setelah mendapat keputusan yang membanggakan dalam Latihan Penyesuaian Laut (Work Up) tempoh hari. Salah satu faktor utama kejayaan ini adalah sistem tadbir urus KD MAHAWANGSA yang mengamalkan sistem Amalan 5S di kapal.

Ramai yang mengatakan pelaksanaan amalan 5S sesuatu yang menyusahkan dan membebankan. Namun sangkaan itu ternyata terpesong kerana amalan ini lebih membantu dan memudahkan rutin kerja seharian. Ia kini terbukti setelah banyak organisasi yang dianugerahkan pensijilan amalan 5S. Permulaan dalam melaksanakan amalan ini memerlukan semangat serta kesungguhan yang tinggi. Tanpa rasa ikhlas seluruh warga kapal dalam membuat perubahan mustahil amalan ini dapat dilaksanakan. 

Kini amalan 5S merupakan sesuatu amalan yang wajib dilaksanakan di semua unit TLDM dan ianya telah terbukti berkesan dengan penganugerahan sijil kepada beberapa unit-unit TLDM seperti KD PELANDOK, KDSI I, PK TLDM dan banyak lagi. Tidak kurang juga organisasi-organisasi awam yang kini kebanyakannya telah mengamalkan amalan ini.

Sebagai kapal terkanan di Armada TLDM, KD MAHAWANGSA menyahut cabaran untuk mengamalkan amalan ini di kapal. Pada mulanya ia memang sukar untuk diterima akal namun setelah penat lelah warga 1 Mahawangsa serta sokongan yang diberikan oleh PM akhirnya KD MAHAWANGSA menjadi kapal pertama yang menerajui amalan 5S di kapal dan menjadi “benchmark” untuk kapal-kapal lain.

Warga 1 Mahawangsa kini berbangga dengan apa yang mereka miliki dan atas apa yang mereka usahakan. Keharmonian dan keselesaan tempat kerja melahirkan sifat  sayang terhadap tempat kerja dengan wujudnya sistem “ownership”. Ramai dikalangan pengunjung yang hadir tidak kira warga TLDM dan pelawat awam kagum dengan apa yang mereka lihat dan sama sekali menyangkal anggapan bahawa sebuah kapal perang yang kini berusia hampir 28 tahun masih berada dalam keadaan yang baik.

Bilik Jentera sentiasa bersih dan kemas 
penting dari aspek keselamatan
Amalan “5 minit sebelum dan 5 minit selepas” merupakan suatu sikap perlu ada bagi setiap warga kapal. Dengan mengemas 5 minit sebelum memasuki kerja dan 5 minit selepas melaksanakan kerja dapat memastikan ruang pejabat, setor, kompartmen dan rupacara kapal sentiasa dalam keadaan terbaik. Amalan ini tidak terhad kepada tempat kerja malahan lebih baik jika dapat diamalkan di rumah sendiri.


Ruang Pejabat Kapal dan Stor Teknikal yang kemas dilabel 
memudahkan proses pencarian barang dan fail
Secara keseluruhan dapat disimpulkan Amalan 5S merupakan amalan yang banyak memberi manfaat dalam pelbagai aspek. Apa yang penting adalah kesungguhan serta keikhlasan dalam melaksanakannya. Kejayaan sesebuah organisasi tidak dilihat hanya dari luaran tetapi dilihat dari pelbagai sudut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...