Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, December 31, 2011

Inovasi 5S

Sejak kapal mula ke arah persijilan 5S, didapati beberapa inovasi-inovasi terbaru direka untuk kemudahan dan kesenangan warga kapal. Inovasi-inovasi ini direka bersesuaian dengan konsep 5S yang inginkan kapal sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan pelbagai lagi.

Diperlihatkan beberapa inovasi-inovasi yang dicipta oleh Kumpulan-kumpulan 5S KD MAHAWANGSA:


Peralatan Menyelamatkan Orang Jatuh Laut
Man Over Board Recovery - Pada mulanya gelungan tali hanya diikat pada tiang recovery. Memandangkan ianya kelihatan tidak kemas, bahkan boleh melambatkan kerja-kerja menyelamatkan orang jatuh laut. Atas inisiatif Kumpulan Otomat diciptanya gelungan tali yang diletakkan di dalam roller agar mudah untuk mengeluarkan tali jika berlaku kecemasan.

Pemegang Tangga 'Roller Hitch'
Satu gelunggan tali 'manila' yang dikenali sebagai 'Roller Hitch' telah diikat pada pemegang tangga untuk menuruni tangga ke 'Tank Deck'. Gelunggan tali ini dicipta agar memudahkan warga kapal memegang pemegang tangga dengan selamat sekaligus menggelakkan pengguna tergelincir. Untuk pengetahuan semua, 'Roller Hitch' ini dicipta kerana tangga ini selalu digunakan warga kapal dengan membawa pelbagai barang-barang seperti rangsum basah, peralatan kelasi, peralatan teknikal dan pelbagai lagi. Ciptaan Kumpulan Strike ini telah memenangi Anugerah 'Most Brilliant Idea' daripada Pegawai Memerintah pada 26 Dis 11 yang lalu.



Penadah Air
Penadah air (air cond) ini adalah ciptaan Kumpulan Deutz. Penciptaan penadah air ini bertujuan untuk mengelakkan dari air menakung di laluan kiri dan kanan kapal, di mana takungan air ini boleh menyebabkan warga kapal tergelincir ketika berjalan. Air yang menitik keluar dari corong air cond terus masuk ke dalam penadah air sekaligus terus mengeluarkan air takungan tersebut ke laut melalui corong khas.

Sand Paper di tangga
Hasil kreativiti bersama Kumpulan Otomat dan Strike ini bertujuan untuk menggelakkan warga kapal dari tergelincir ketika menuruni tangga. Kebanyakkan tangga kapal yang berisiko tinggi diletakkan sand paper untuk kesenangan warga kapal.

Inovasi-inovasi ini telah membuktikan Amalan 5S telah menjadikan warga kapal lebih inovatif dan kreatif. Bukan nama yang dipinta, tetapi adalah kemudahan dan kesenangan warga kapal yang diutamakan.

Diharap warga 1MAHAWANGSA terus menerus mengamalkan Amalan 5S dan memberi idea-idea yang lebih menarik lagi.



Friday, December 30, 2011

5S: Cabaran Pegawai Memerintah

Satu cabaran dari Pegawai Memerintah (PM) telah disahut oleh sekumpulan pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA untuk melakukan transformasi 'ala-ala Eric Deco' di tandas dan bilik air pegawai. Kerja-kerja pengubahsuaian telah diketuai oleh Pegawai Navigasi Lt Hairry TLDM, projek pengubahsuaian bermula pada 29 Dis 11 jam 2130H dan berakhir pada pagi keesokkan harinya lebih kurang jam 0230H.



Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dillakukan

Kesungguhan yang ditunjukkan telah tetap membuktikan semangat 'kaizen' tetap tersemat di jiwa masing-masing. Walaupun kapal telah dipersijilkan dengan Amalan 5S. Semangat yang ditunjukkan ini boleh dijadikan contoh kepada warga kapal yang lain agar Amalan 5S diserapkan di dalam jiwa dan sentiasa bergerak ke hadapan untuk melakukan perubahan yang membawa kebaikan.



Hasil pengubahsuaian
Pada pagi tadi PM berkesempatan untuk melawat Tandas & Bilik Air Wisma Perwira untuk melihat hasil pengubahsuaian dan berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan. PMC dari Wisma Bintara dan Wisma Laskar juga dipanggil untuk melihat agar mendapat inspirasi agar membuat transformasi di tandas dan bilik air wisma masing-masing.





Lawatan dari PMC Wisma Bintara & Laskar

Semangat untuk melakukan perubahan sebegini yang harus diterapkan di dalam jiwa Navy People jika mahu maju ke depan. Sangkaan buruk bahawa kapal susah untuk melakukan Amalan 5S haruslah tiada di dalam jiwa masing-masing. 

 
 
'Persekitaran Berkualiti, Warga Berinovasi'


Thursday, December 29, 2011

Kaizen 5S





Berikut adalah sebahagian gambar-gambar di beberapa zon-zon yang telah melaksanakan kaizen (penambahbaikan):

Kesemua wayar yang berjuntaian kini telah
dimasukkan di dalam  sarung khas
Susunan fail dan dokumen di Pejabat WE memudahkan
pencarian  dokumen dalam masa yang sekejap
Fail dan buku-buku di Bilik Carta disusun dengan kemas  
Ke semua kabel dan wayar ditanda untuk memudahkan 
pengguna mengambilnya di Stor We
Laci alat tulis di Pejabat ME telah dibuat pembahagi
untuk memudahkan pengambilan alat tulis
Stor Rumah Masak yang kelihatan kemas dan bersih

Wednesday, December 28, 2011

Montaj 5S

Montaj ini ditayangkan kepada Ketua Juruaudit (Tn Hj Omar bin Othman) dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) sempena Lawatan Audit Persijilan 5S KD MAHAWANGSA pada 27 Dis 2011.

KD MAHAWANGSA telah mencatat sejarah baru di dalam TLDM kerana menjadi kapal pertama TLDM yang dipersijilkan dengan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.


Lawatan Audit Persijilan 5S



Tanggal 27 Disember 2011, KD MAHAWANGSA sekali lagi mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan sekali gus menjadi kapal pertama di dalam TLDM yang dipersijilkan dengan Amalan 5S. Keputusan yang cemerlang ini bagaikan simbolik penutup tirai kejayaan bagi tahun 2011.  Audit ini telah dilaksanakan oleh Pengarah Bahagian Kualiti Malaysia Productivity Corparation (MPC) Tn. Hj Omar bin Othman.
 
Ketua Juruaudit menandatangani Buku Pelawat
Titik permulaan kejayaan ini telah bermula semenjak kapal keluar dari limbungan dan Pegawai Memerintah sendiri telah mula menerapkan sedikit demi sedikit sifat membudayakan Amalan 5S ini kepada seluruh warga kapal.  Alhamdulillah atas semangat serta keikhlasan yang wujud dalam diri setiap warga 1MAHAWANGSA, sifat ini mula menyerap ke dalam diri setiap warga dan telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Latihan Penyesuaian Laut dan dinobatkan sebagai kapal penanda aras serta mendapat gelaran ‘The Best Damn Ship In The Navy’.  Semangat ‘kaizen’ yang tersemat dalam diri setiap warga kapal telah membuatkan Pegawai Memerintah untuk meneruskan lagi titik kejayaan KD MAHAWANGSA dengan mendapatkan persijilan Amalan 5S dan bertujuan untuk menjadikan KD MAHAWANGSA sentiasa gemilang di Armada TLDM khasnya dan TLDM amnya.

Semangat yang berkobar-kobar warga 1MAHAWANGSA mula membara apabila menerima surat kelulusan untuk dipersijilkan Amalan 5S oleh Bahagian Pengurusan Strategik MkTL pada 27 Okt 11.  Mulai dari saat itulah segala perancangan teliti dibuat mengikut prosedur sebenar dan lebih bersistematik mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh MPC.  Tempoh untuk dipersijilkan tidak sampai 2 bulan namun atas kesungguhan, komitmen serta keikhlasan seluruh warga 1MAHAWANGSA inilah telah membuatkan KD MAHAWANGSA berjaya dengan cemerlang dalam audit Amalan 5S dalam tempoh masa yang singkat.  

Kamar Pegawai Memerintah juga 
turut dinilai oleh Juruaudit

Lawatan audit persijilan bermula dengan ketibaan Ketua Juruaudit MPC Tn Hj Omar bin Othman beserta konsultan 5S yang dilantik iaitu Pn. Jue Azwa tiba pada jam 0900H. Seterusnya aktiviti bergambar dan pengenalan Tim Pengurusan 5S dilakukan di jeti. Taklimat 5S KD MAHAWANGSA dimulakan pada jam 0930 oleh Ketua 5S Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM. Turut sama memberi taklimat ialah Ketua AJK Induk 5S yang terdiri daripada Lt Kdr Dzulkarnain bin Ismail TLDM (AJK Latihan), Lt Kdr Mohamad Hazril bin Fadzil TLDM (AJK Promosi) dan Lt Hairry bin Rosli TLDM (AJK Audit). Taklimat yang mengambil masa lebih kurang sejam berakhir pada jam 1030.

Seterusnya audit dokumentasi oleh Ketua Juruaudit bermula pada jam 1100H setelah Tim Pengurusan 5S dan Ketua Juruaudit menjamah jamuan ringan. Ketua Juruaudit telah memeriksa kesemua Fail Induk serta dua Fail Kumpulan 5S yang dipilih secara rawak. Pemeriksaan dokumentasi ini adalah bahagian paling penting dalam proses audit, ini kerana dari sini segala rentetan perjalanan 5S kapal dapat dijelaskan dengan terang berdasarkan Carta Perbatuan, minit mesyuarat dan lain-lain.

Audit dokumenasi Kumpulan Eastin
Lawatan Audit 5S dilakukan setelah selesai pemeriksaan dokumentasi pada jam 1250H. Dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah, AJK Induk, Ketua Jabatan dan Pn Jue Azwa, lawatan bermula dari geladak bawah iaitu Bilik Kawalan Jentera diikuti dengan Stor OSL, Gedung Senjata, Surau, Mes Laskar, Kamar Pegawai, Kamar Bintara, Rumah Masak, Bilik Air Bintara dan pelbagai tempat lagi sehinggalah akhirnya selesai di Anjungan. Di dalam lawatan tersebut Ketua Juruaudit telah melakukan ‘Ujian Masa 30 Saat’ terhadap Pemilik Proses di zon atau kompartmen yang terpilih di dalam proses pengambilan fail/dokumen. Berikut hasil keputusan ujian masa yang dilakukan:

Bil
Pemilik Proses
Lokasi
Ujian
Masa
1.
BK TMK Nazli
Pejabat DCHQ
Mengambil Manual Peralatan
19 saat
2.
Sjn Amran
Rumah Sakit
Mengambil BAT F4 warga kapal
6 saat
3.
LK JTP Halisam
Anjungan
Mengambil Carta MAL 635 (Pulau Tioman)
6 saat


Ujian masa di Rumah Sakit


Taklimat Ketua Juruaudit telah dilakukan di Geladak Kereta Kebal pada jam 1630H di hadapan seluruh warga kapal. Taklimat yang meliputi dari keseluruhan aspek 5S seperti dokumentasi, lawatan, susun atur, kebersihan dan lain-lain. Sebelum mengakhiri taklimat, Ketua Juruaudit telah mengumumkan keputusan Lawatan Audit Persijilan 5S dengan keputusannya adalah ‘LULUS’. Wajah kegembiraan dan senyuman kepuasan jelas terpancar di muka warga 1MAHAWANGSA setelah mendengar keputusan Ketua Juruaudit, ini kerana pengorbanan warga kapal dirasakan adalah berbaloi setelah banyak meluangkan masa, bersengkang mata sehingga subuh dan sanggup datang ke kapal pada waktu cuti untuk menyiapkan zon masing-masing agar mencapai objektif yang disasarkan.

Ucapan penutup oleh Pegawai Memerintah menandakan Lawatan Audit Persijilan 5S pada hari tersebut telah berakhir dan Pegawai Memerintah berharap agar Amalan 5S ini tetap berterusan oleh warga kapal dan kepada yang akan bertukar keluar teruskan amalan ini di unit baru. Sebelum majlis selesai Pegawai Memerintah sempat menyampaikan cenderahati kepada Ketua Juruaudit Tn. Hj Omar bin Othman.
Penyampaian cenderahati kepada Ketua Juruaudit
'Tahniah dan Bravo Zulu kepada warga 1MAHAWANGSA atas kerjasama yang diberikan'

Persekitaran Berkualiti, Warga Berinovasi



Tuesday, December 27, 2011

Kumpulan Trio BokaraChai



Jutaan terima kasih diiucapkan terhadap Kumpulan Trio BokaraChai atas penerbitan video ini. Untuk makluman, ketika ini kapal sedang merapat di jeti KD SRI SANDAKAN, Sabah sempena Karnival 1MINDEF. Kepada para pengunjung boleh melihat aksi mereka di sini:



Monday, December 26, 2011

Persiapan Akhir Audit 5S

Warga kapal sekali lagi dengan rela hati sanggup mengorbankan hari cuti demi untuk menghadapi audit 5S pada keesokkan hari. Rutin hari ini bermula pada jam 0845H dengan warga kapal beratur di Geladak Kereta Kebal untuk mendengar taklimat dari Ketua 5S.



Pn. Jue Azwa seperti biasa turut datang dalam memastikan kapal bersedia untuk menghadapi audit. Persiapan anak-anak kapal hari ini banyak tertumpu dari segi pembersihan dan raptai audit 5S.

Rumah Masak

Sudut Kualiti


Bilik Jentera Utama
Selesai sahaja raptai pada petang tadi, majlis diteruskan dengan Majlis Penganugerahan Kompartmen Cemerlang, ‘Most Promising New Comer Staff’ dan ‘Most Brilliant Idea’.

Anugerah Kompartmen Cemerlang diberikan setelah dinilai terbaik hasil dari audit semalam yang dilakukan oleh Pegawai Memerintah, Pn Jue dan Tim Pengurusan 5S. Berikut adalah 3 kompartmen yang mencapai tahap tertinggi dan bersedia untuk diaudit:

1.    Stor OSL 1
2.    Pusat Komunikasi
3.    Pejabat DCHQ

‘Most Promising New Comer Staff’ telah diberikan kepada 823448 LK I TNL Mohd Khairuddin bin Jemri hasil dari usaha kerja yang tanpa mengenal erti penat dalam memastikan Stor OSL 1 mencapai satu tahap yang tertinggi setakat ini. Walaupun baru sahaja 2 bulan di kapal, anggota telah menunjukkan minat yang tinggi dalam memastikan kompartmen beliau mencapai tahap yang memenuhi piawaian yang dikehendaki.




‘Most Brilliant Idea’ telah diberikan kepada 823464 BM PLM Mohd Raduan bin Othman atas idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan ‘Roller Hitch’ di mana ianya adalah sebagai alat mengelakkan daripada tangan pengguna tergelincir ketika menuruni tangga.




Ketika artikel ini dibuat, masih terdapat anak-anak kapal melakukan kerja-kerja 5S sebagai persediaan audit. Semangat yang ditunjukkan ini membuktikan warga MAHAWANGSA ikhlas dalam memastikan setiap zon dan kompartmen masing-masing berada ditahap yang tertinggi dalam memastikan audit keesokkannya dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

Warga MAHAWANGSA Tetap Bersemangat

Berbekalkan moto 'Sedia Berkorban', warga kapal telah datang bekerja pada cuti umum serta merangkap cuti am sempena Hari Krismas. Ini adalah sebahagian dari persediaan untuk menghadapi audit yang dijadualkan pada 27 Dis 11.

Hari ini pemilik proses bagi zon masing-masing telah melakukan persiapan akhir di bahagian yang telah ditugaskan seperti mengecat, mengemas dan lain-lain.


Di samping itu juga kunjungan konsultan yang dilantik iaitu Pn. Jue Azwa untuk melihat proses dokumentasi akhir dan persiapan menjelang audit telah membangkitkan semangat warga kapal kerana ada juga orang luar yang sudi hadir ketika orang lain sedang berehat di rumah.

Beberapa aktiviti telah dijalankan pada hari ini seperti perjumpaan Tim Pengurusan 5S bersama Pegawai Memerintah dan juga Pn. Jue.



Perjumpaan bersama ahli-ahli kumpulan turut dilakukan untuk mengetahui sebarang permasalahan yang timbul serta cara mengatasinya.

Sebelum warga kapal bersurai pada petangnya, satu siri lawatan konsultan bersama-sama Pegawai Memerintah dan Tim Pengurusan 5S telah dilakukan. Hasil dari lawatan ini adalah kebanyakkan zon dan bahagian masing-masing telah menunjukkan hasil yang memuaskan.


Sebanyak 3 zon telah mencapai keputusan yang cemerlang dan memberangsangkan. Zon-zon tersebut adalah Pejabat DCHQ, Stor OSL dan Pusat Komunikasi. Keputusan ini telah membangkitkan semangat anak-anak kapal untuk lebih maju di dalam mengaplikasikan 5S di zon masing-masing.


Sunday, December 25, 2011

Strike: Sebelum & Selepas

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar 'sebelum & selepas' dari Jabatan Operasi atau Kumpulan Strike setelah melaksanakan 5S:







Eastin: Sebelum & Selepas

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar 'sebelum & selepas' dari Jabatan Bekalan atau Kumpulan Eastin setelah melaksanakan 5S:





Otomat: Sebelum & Selepas

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar 'sebelum & selepas' dari Jabatan Kelasi atau Kumpulan Otomat setelah melaksanakan 5S:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...